Sunday 27 November 2011

Kemahiran Bermain Rekoder

                                                                                                                                                
SEJARAH REKODER
Rekoder merupakan sejenis alat muzik dari keluarga ‘AEROPHONE’ iaitu alat muzik tiup. Ia juga dikenal sebagai ‘Blockflute’. Rekoder merupakan tabung dengan sumber bunyi yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi sebagai pengatur tinggi rendah nada.







JENIS-JENIS REKODER
Terdapat beberapa jenis rekoder . Antaranyan ialah bas, tenor, alto, soprano dan sopranino. Di sekolah rendah  murid diwajib mempelajari bermain rekoder di tahap 2. Pada umumnya rekoder soprano digunakan di sekolah rendah.

Dari atas ke bawah: rekoder bas, tenor, alto, soprano dan sopranino


LIMA TEKNIK KETIKA BERMAIN REKODER
1.      Teknik Pertama – Postur
Ketika meniup rekoder badan perlu tegak dan dalam keadaan selesa.Rekoder perlu dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.Ia akan memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah.



2. Teknik Kedua – ‘EMBOUCHURE’
Embouchure bermaksud penggunaan otot muka dan pembentukkan bibir yang mengikut bentuk pipi (mouthpiece).

                   

3.      Teknik Ketiga – Penglidahan
Pergerakan lidah amat membantu untuk pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Not tengah perlu bunyikan  denagn sebutan ‘du’ dengan lidah semasa meniup. Bagi Not rendah perlu bunyikan dengan sebutan ‘lu’ semasa meniup. Manakala bagi Not tinggi pula perlu bunyikan dengan sebutan‘tu’semasa meniup dan semasa meniup not pendek perlu bunyi  dengan sebutan ‘tut’.Jika murid sentiasa berlatih meniup rekoder mereka akan biasa dengan sebutan-sebutan bunyi mengikut not.


4.      Teknik  Keempat - Pernafasan  
   Tekanan udara dari diafragma dilepaskan perlahan-lahan ketika meniup not rendah. Bagi not tinggi pula, tekanan udara yang lebih dilepaskan secara laju untuk menghasilkan bunyi yang betul mengikut not.


5.      Teknik Kelima – Penjarian
Terdapat lapan lubang pada rekoder. 7 lubang di permukaan atas rekoder dan 1 lubang di permukaan bawah rekoder.Posisi penjarian yang betul memainkan peranan penting ketika bermain rekoder.Berikut adalah posisi jari ketika bermain bermain rekoder.
-Lubang pertama di permukaan bawah rekoder untuk jari jempol tangan kiri.
-Lubang kedua di permukaan atas rekoder untuk jari telunjuk tangan kiri.
-Lubang ketiga di permukaan atas rekoder untuk jari tengah tangan kiri.
-Lubang keempat di permukaan atas rekoder untuk jari manis tangan kiri.
-Lubang kelima di permukaan atas rekoder untuk jari telunjuk tangan kanan.
-Lubang keenam di permukaan atas rekoder untuk jari tengah tangan kanan.
-Lubang ketujuh di permukaan atas rekoder untuk jari manis tangan kanan.
-Lubang kelapan di permukaan atas rekoder untuk jari kelingking tangan kanan.

Jari-jari di tangan kanan

Jari-jari di tangan kiri


Jika dibandingkan rekoder dengan alatan muzik yang lain seperti pianika, drum dan alat perkusi, murid-murid lebih cenderung untuk mempelajari pianika dan alat perkusi. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk mempelajari teknik penjarian dan teknik meniup rekoder untuk menghasilkan bunyi yang teratur.  Ini  mungkin juga  dipengaruhi oleh masalah-masalah lain yang belum dikenal pasti.

 Mungkin anda ada pendapat-pendapat lain dan ingin berkongsi dengan saya.