Sunday 4 December 2011

Alat-alat perkusi muzik yang digunakan dalam persembahan ensemble di bilik darjah


 Simbal  dimainkan sejak zaman dahulu. Alat ini dimainkan dengan memukul. Ia diperbuat dari campuran logam. Bunyi yang dihasilkan adalah nyaring dan panjang.



Drum tenor mempunyai permukaan berkulit. Saiz drum tenor  lebih besar daripada drum getar.Sepasang pemukul digunakan untuk memainkan drum tenor.



Kayu tik-tok  lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sbatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan dibahagian kanan adalah tidak sama dengan bahagian kiri kayu tik-tok.



Loceng merupakan segugusan locenga kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkainya berbentuk gelung dan diperbuat daripada plastik dan locengnya diperbuat daripada logam. Saiz loceng kecil dan diikat pada bingkai tersebut.Loceng ini menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.



Tamborin merupakan sebuah gelung yang diperbuat daripada ceper-ceper besi yang kecil. Ia menghasilkan bunyi yang nyaring apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tanpa kulit. Bunyi tamborin berkulit lebih lembut dan seperti bunyi tepukan dari kompang.



Kastenet dibuat daripada plastic. Ia mempunyai  dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Gelung tali atau getah disarungkan pada jari tangan kiri  dan mengetuk dengan hujung jari tangan kanan.



Kerincing diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya adalah seutas tali pendek yang diikat pada bucu kerincing. Tangan kiri memegang tangan kiri  dan mengetuk kerincing dengan tangan kanan.